• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Cari 4 Lelaki Kes Bunuh Di Sungai Arip

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis Sarawak sedang mengesan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tembak mati seorang lelaki di Sungai Arip, Balingian, Mukah dua hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui latar belakang lelaki berkenaan dan kaitan mereka dengan sebuah syarikat perladangan.

“Gambar dan nama mereka telah diedarkan kepada pihak media untuk disiarkan dan orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat untuk membantu polis mengesan mereka.

“Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor telah memberi komitmen bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, lapan lelaki telah ditahan sejak berlakunya kejadian itu dan kini direman sehingga 2 November untuk membantu siasatan.

Katanya tiga daripada mereka berumur antara 27 hingga 38 tahun ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk membuat laporan mendakwa kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki telah ditembak penduduk kampung di Sungai Arip.

Dev Kumar berkata pemeriksaan polis mendapati terdapat beberapa kesan disyaki tembakan pada kereta tersebut dan cermin kereta pecah.

Katanya lima lagi berumur 18 hingga 65 tahun termasuk tiga Tuai Rumah ditahan semalam ketika sepasukan IPK Sarawak dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mukah menjalankan siasatan di Sungai Arip untuk mengenal pasti penduduk rumah panjang yang berada di tempat kejadian.

“Dua laras senapang patah dan beberapa peluru senapang patah dirampas. Turut dirampas beberapa barang lain yang berkaitan dengan kes ini,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu sehingga boleh menggugat ketenteraman awam dan polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menyebarkan berita palsu berkaitan kes itu.

Dev Kumar berkata, apa yang sebenarnya berlaku di tempat kejadian masih belum jelas dan apa yang diketahui setakat ini adalah seorang penduduk kampung telah melepaskan tembakan menggunakan senapang patah dan terkena badan mangsa.

Pada 5.35 petang Isnin lalu, polis Sibu dimaklumkan oleh orang awam tentang kejadian tembak itu dan pasukan IPD Tatau yang sampai di tempat kejadian pada kira-kira 8 malam menemukan mayat seorang lelaki memegang sebilah parang dalam keadaan tertiarap di atas jalan di simpang masuk ke Ladang Sungai Arip.

Mangsa yang mempunyai kesan luka pada kepala dan badan dipercayai akibat tembakan dan tetakan dengan benda tajam dikenali sebagai Fabian Janti Lebau, 26, berasal dari Miri.

Siasatan awal polis mendapati sekumpulan lelaki menggunakan beberapa buah kenderaan telah masuk ke satu jalan menghala ke Ladang Sungai Arip pada 5.30 petang hari sama dan berhenti di satu halangan yang telah didirikan penduduk beberapa rumah panjang di kawasan itu.

Halangan itu didirikan sejak awal bulan ini adalah untuk menghalang kenderaan-kenderaan syarikat perladangan dari masuk ke ladang tersebut. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd