• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sahkan Penahanan Rakyat Malaysia Di Filipina

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia berasal dari Kelantan ditahan pihak berkuasa Filipina baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki itu dipercayai terlibat dengan kumpulan militan di selatan Filipina.

“Saya sahkan lelaki itu rakyat Malaysia…setakat ini, itu sahaja yang kita tahu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Antarabangsa Pencegahan dan Rawatan Pemulihan Dadah 2016 (PREVENT 2016) di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mewakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tiga ratus peserta menyertai seminar dua hari itu yang dianjurkan Universiti Sains Islam Malaysia.

Media antarabangsa melaporkan komander Briged Infantri ke-104 tentera Filipina, Kolonel Cirilo Donato berkata seorang rakyat Malaysia ditahan di pelabuhan Maluso, Filipina ketika cuba menyusup masuk ke negara itu awal bulan ini.

Donato dilaporkan berkata lelaki itu kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Filipina. – BERNAMA

Tags: Filipinapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd