• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Kedah Bersesak Dapatkan Tiket Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 1,000 penyokong Lang Merah sanggup bersesak di empat kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket final Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penyokong Kedah yang sanggup bermalam dan beratur hingga kaunter dibuka pukul 10 pagi ini berjaya mendapatkan tiket.

Tiket dijual pada harga RM50 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan hanya terhad kepada tiga tiket seorang.

Ahmad Sharifuddin Hassan, 38, dari Yan berkata dia bersama anaknya Muhammad Afif Fahmi, 12, telah berkhemah di hadapan stadium sejak pukul 10 malam tadi untuk memastikan dapat membeli tiket lebih awal.

“Kami tidur di dalam khemah kerana hujan renyai semalam tetapi itu tidak menjadi penghalang kerana kami berjaya mendapatkan lima tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir.

“Saya yakin Kedah akan menang 2-1 dan berharap kami dapat membalas dendam selepas tewas kepada Selangor pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhamad Nasir Ibrahim, 52, yang datang beratur mulai pukul 6 pagi, kecewa kali ini kerana gagal mendapatkan tiket.

“Setiap kali Kedah berjaya ke final saya akan pergi ke stadium seperti tahun lepas tapi tahun ini saya sangat kecewa. Perasaan menonton di televisyen tidak sama dengan secara langsung,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata sebanyak 9,000 tiket habis dijual dalam tempoh sejam.

“Satu kaunter tiket khas untuk penyokong wanita telah dibuka bagi memudahkan pembelian tiket dan keadaan terkawal dengan bantuan polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kedahpeminat bolaPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd