• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Pencari Emas Dipercayai Maut Tertimbus

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sebelas orang dipercayai maut akibat tertimbus runtuhan tanah lumpur dalam hujan lebat, ketika sedang melombong emas secara haram di daerah Merangin, Jambi di Sumatera semalam.

Media dalam talian hari ini memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulan Bencana Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, pihaknya masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat dan setakat ini masih belum menemui mangsa terbabit.

Beliau berkata pada kejadian kira-kira 5 petang semalam, kesemua 11 mangsa dikatakan tertimbus runtuhan tanah lumpur setelah hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

“Sampai saat ini belum ada mangsa yang dievakuasi dan kami mendapat maklumat kesemua 11 orang itu sedang menjalankan aktiviti melombong dalam hujan lebat dan secara tiba-tiba runtuhan tanah menutup lubang lombong sedalam kira-kira lebih 50 meter itu,” katanya.

Katanya, kerja-kerja membawa pengangkutan dan peralatan mencari dan menyelamat menjadi sukar kerana kawasan kejadian yang jauh di pedalaman manakala kedalaman lubang yang digali adalah melebihi 50 meter dan memerlukan pelbagai alat bantuan.

Beliau berkata, pasukannya masih berusaha untuk menyedut lumpur dan air yang menutupi lubang lombong untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Sutopo berkata berdasarkan laporan oleh keluarga masing-masing, mangsa dikenali sebagai Tami berumur 45 tahun, Yung Tuk (40), Siam (28), Hamzah (55), Catur (30), Jurnal (21), Sito (25), Zulfikar (43), Arman (35), Erwin (45) dan Guntur (35).

Kegiatan melombong emas secara haram di Jambi dilaporkan berlaku secara terbuka oleh masyarakat kampung di daerah Merangin.

Baru-baru ini polis menutup 15 lombong haram dalam kawasan ladang kelapa sawit di daerah itu dan merampas pelbagai perkakasan melombong yang digunakan penduduk.

Bagaimanapun, aktiviti melombong emas secara haram masih dilakukan di kawasan pedalaman kerana terdapat permintaan emas yang tinggi dari daerah itu. – BERNAMA

Tags: lombongmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd