• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Goh Berpotensi Dilanda Banjir Lumpur Jika Hujan Lebat

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kawasan Bukit Goh di sini berpotensi dilanda banjir lumpur sekiranya berlaku hujan lebat berterusan sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata keadaan itu berlaku disebabkan kawasan bekas perlombongan bauksit itu kini terbiar tanpa ada sebarang tumbuhan yang boleh menghalang aliran air jika hujan.

“Di Bukit Goh ini ada lombong bauksit yang merupakan aktiviti perlombongan melibatkan tanah. Jadi, kebimbangan kita apabila taburan hujan tinggi semasa musim tengkujuh nanti, bukannya tanah runtuh tetapi banjir lumpur akan berlaku” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, di sini, hari ini.

Muhammad Safian berkata sehubungan itu kerajaan negeri telah meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan berkenaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dalam masa yang sama, katanya sebanyak 385 kawasan di negeri ini juga dijangka akan terjejas dengan bajir, manakala 118 lagi kawasan berpotensi untuk berlaku kejadian tanah runtuh.

“Berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi, hujan lebat dijangkakan bermula pada 5 Nov… banyak tempat yang akan berlaku tanah runtuh adalah di Maran.

“Dua jalan pula dijangka terputus hubungan (akibat banjir) iaitu di Lebuh Raya Pantai Timur iaitu di Exit Temerloh, dan kedua di Ubai yang menghubungkan jalan ke Kuantan dan Pekan,” katanya.

Muhammad Safian berkata sehubungan itu kerajaan negeri sudah siap sedia dengan 107 pangkalan hadapan dan bekalan makanan asas akan mula dihantar ke semua pangkalan itu bermula 7 Nov ini sebagai persiapan menghadapi banjir.

Katanya selain itu 666 pusat pemindahan banjir sudah dikenal pasti di seluruh negeri yang boleh menempatkan 165,650 mangsa banjir, namun persediaan juga telah diatur jika jumlah mangsa banjr melebihi dari angka tersebut.

“Di samping itu, kita akan menggerakkan seramai 5,020 petugas banjir pada kali ini termasuk polis, tentera, bomba dan penjawat awam lain jika berlaku banjir. Mulai 15 Nov ini hingga 15 Jan tahun depan, cuti penjawat awam di negeri ini dibekukan,” katanya.

Muhammad Safian berkata lebih 90 peratus kerja pembersihan longkang dan sungai juga telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri untuk memastikan kelancaran pengaliran air semasa musim tengkujuh nanti. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd