• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Jadi Seperti Anjing Gila” – Abdul Hadi

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.”

Itu pesanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada seluruh pemimpin, ahli dan penyokong parti itu dalam berpolitik.

Kata beliau, Malaysia merupakan sebuah negara bermasyarakat majmuk, maka masyarakatnya tidak wajar dihuru-harakan demi kepentingan politik.

Justeru, katanya, sebarang protes untuk menyatakan rasa tidak puas hati perlu dilakukan secara berakhlak, bukan atas sebab peribadi seseorang, bangsa atau kaum.

“Lebih-lebih lagi berkaitan dengan hak kebebasan beragama mestilah dipandu dengan sempadan Islam.

“PAS wajib menilai manfaat dan mudarat mengikut Siyasah Syar’iyyah, Maqasid Syari’ah dan Fiqh Aulawiyyat, bukan sekadar menjadi pengecut dan pahlawan papan kunci bergoyang kaki menulis apa sahaja laksana burung kakak tua berkata-kata tanpa akal dan ilmu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi menegaskan, PAS tidak mahu menjadi pembangkang seperti di negara barat, Timur Tengah; Korea, Taiwan, Amerika Latin atau mengikut cara masyarakat Arab di zaman jahiliyah.

Menurutnya, PAS wajib menerima yang baik daripada semua pihak sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Sehubungan itu katanya, pendirian PAS mahukan kerajaan yang bersih dengan cara yang bersih atau menolong kerajaan yang bersih atau terus bersabar menjadi pembangkang yang menasihat dengan baik dan tidak jahat.

Abdul Hadi dipercayai membuat kenyataan itu merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersikap meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Beliau juga dipercayai merujuk kepada rancangan badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan mahu mengadakan demonstrasi Bersih 5 pada November ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hadi AwangPASpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd