• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Hutang Kerajaan Persekutuan Kekal Terurus – PM

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sehingga akhir Jun tahun ini, kedudukan hutang kerajaan adalah berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 95.9 peratus atau RM628.8 bilion merupakan hutang domestik sementara 4.1 peratus atau RM26.9 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

“Hutang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bertujuan untuk membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan kerajaan.

“Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ini adalah perbelanjaan yang produktif, yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai jumlah hutang negara dan jumlah jaminan kerajaan berasaskan pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perbelanjaan pembangunan itu secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah jaminan yang diberikan oleh kerajaan sehingga Jun 2016 adalah sebanyak RM180.9 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK.

“Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek infrastruktur seperti Prasarana dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur seperti LRT, MRT dan penyediaan pinjaman pelajaran untuk pendidikan peringkat tinggi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

Menjawab soalan tambahan Noor Ehsanuddin berhubung langkah kerajaan bagi mengelak jumlah hutang terus meningkat pada masa depan, Najib berkata kerajaan akan memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi daripada hasil, iaitu memperoleh surplus dari segi akaun semasa kerajaan.

“Kami mesti tentukan bahawa pinjaman itu digunakan bagi mengembangkan ekonomi, menambahkan lagi kegiatan ekonomi negara dan kami juga memberi keutamaan kepada pinjaman dalam negeri, dengan langkah sedemikian termasuk juga perbelanjaan yang berhemat, cekap dan berkesan, mementingkan outcome, insya-Allah kami dapat menguruskan hutang negara dalam keadaan yang terkawal,” katanya.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu dari mana pinjaman luar pesisir dibuat, Najib berkata sebahagian besarnya adalah daripada sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan dan dilanggani masyarakat antarabangsa.

“Kami lakukan perkara ini kerana sedikit sebanyak ia memberi isyarat bahawa mereka ada keyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara Malaysia atau sebaliknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: HutangKerajaanNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd