• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Tahu Awal Plot Pembangkang Keluar Dewan

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengetahui lebih awal plot pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas.

Katanya beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kepada Anggota Parlimen berhubung larangan perbincangan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana bersifat subjudis selepas sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tindakan keluar dewan berlaku selepas Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) membangkitkan sama ada isu DoJ boleh dibincangkan pada sesi perbahasan.

Pandikar berkata beliau sudah membuat keputusan mengenai perkara itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa ia tidak boleh dibincangkan kerana subjudis.

“Jangan main dengan saya kerana apabila saya ambil tindakan saya serius dengan tindakan saya…apabila saya duduk di sini, yakinlah Yang Berhormat, saya akan lakukan yang terbaik untuk semua orang, tetapi jangan sampai saya diheret dalam strategi politik,” katanya.

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu dicemari tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017Dewan RakyatPandikar Amin Muliapembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd