• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tak Bercadang Syor ‘Halalkan’ Judi Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan agar ‘menghalalkan’ permainan judi dalam talian walaupun terdapat negara jiran berbuat demikian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana sudah terdapat permainan judi yang dibenarkan di Malaysia termasuk nombor ekor.

“Saya fikir sudah ada permainan judi yang mencukupi untuk orang berjudi, sudah ada Magnum, Toto dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan veteran dan bekas polis Orang Asli bersempena Ulang Tahun 69 Komando ke-47, di sini hari ini.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Singapura membenarkan aktiviti perjudian dalam talian di negara itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa di mana-mana kawasan di Malaysia jika menggunakan fasiliti judi dalam talian di Singapura itu, ia adalah satu kesalahan.

PDRM telah mengesyorkan beberapa pindaan ke atas Akta Rumah Judi Terbuka 1953, kata Khalid tanpa menghuraikan lebih lanjut. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd