• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Popov Tolak Tawaran Kendali Kelantan Musim Depan

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov menolak tawaran untuk menyambung kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim depan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya menerima surat secara rasmi daripada Popov hari ini berhubung penolakan tawaran untuk melanjutkan perkhidmatannya bagi saingan Liga Malaysia 2017.

“Pagi ini KAFA telah menerima surat rasmi daripada Popov yang menolak tawaran dengan alasan hal peribadi dan keluarga.

“Untuk makluman, KAFA telah membuat tawaran penyambungan kontrak setahun lagi kepada beliau dengan kenaikan gaji sebanyak 60 peratus,” katanya menerusi entri di laman Facebooknya hari ini.

Annuar, yang mewakili KAFA turut mengucapkan terima kasih di atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan Popov selama enam bulan mengemudi The Red Warriors pada musim ini.

“Popov dijemput berkhidmat atas dasar persahabatan (dengan KAFA) sejak sekian lama dengan gaji yang tidak lebih daripada bayaran yang diberikan kepada jurulatih tempatan sebelumnya.

“Saya amat memahami pelbagai kesukaran dan cabaran yang dilaluinya di Kelantan. Beliau seorang profesional yang baik, mungkin kita belum mampu memilikinya dan jurulatih baharu belum dapat ditentukan lagi,” katanya.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Maldives itu menyertai Kelantan sejak pertengahan musim lalu bagi menggantikan K Devan yang meninggalkan pasukan tersebut susulan prestasi terumbang-ambing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Di bawah kendalian Popov, Kelantan berada pada kedudukan keempat Liga Super dengan lapan kemenangan, lima seri serta enam kekalahan selepas mengumpul 30 mata.

Kelantan bagaimanapun tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia. – BERNAMA

Tags: Popov
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Puas Hati Prestasi Popov

27/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berpuas hati dengan prestasi jurulatih kelahiran Bulgaria, Velizar Emilov Popov mengendalikan skuad...

Popov Akui Kelemahan Pertahanan Kelantan

22/05/2016
0

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov mengaku kekalahan pasukan itu kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd