• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Popov Akui Kelemahan Pertahanan Kelantan

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov mengaku kekalahan pasukan itu kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi adalah berpunca daripada kelemahan empat pemain pertahanannya.

Jurulatih dari Bulgaria itu berkata Kelantan bermain dengan baik pada peringkat awal tetapi pemainnya gagal mengekalkan strategi yang dirancang hingga menjejaskan keseluruhan permainan mereka.

Pasukan itu beraksi cemerlang pada sembilan minit pertama, tetapi gagal meneruskan rentak itu, di samping timbul masalah di barisan pertahanan.

“Selepas itu, Selangor mula menyerang dan keadaan ini tidak mungkin terjadi sekiranya para pemain, terutama di bahagian pertahanan, terus mengamalkan disiplin untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini malam tadi.

Selangor mengutip tiga mata melalui kemenangan 5-2 terhadap Kelantan itu.

Gol ‘Red Giants’ diperoleh melalui jaringan Mohd Hafiz Kamal (minit ke-15), R. Gopinathan (21), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (35), Mohd Razman Roslan (49) dan Ahmad Hazwan Bakri (88).

Gol Pamoga Qu Puteh Red Warriors pula dijaring Blazhe Ilijoski pada minit ke-9 dan Dramane Traore (59).

Jurultih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan berusaha mengatasi kelemahan pertahanan Kelantan melalui sesi latihan selepas ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata kemenangan besar mereka terhadap Kelantan itu adalah di luar jangkaan kerana pada pertemuan sebelum ini, mereka hanya mencatat kedudukan seri, walaupun pasukan lawan beraksi hanya dengan 10 pemain.

“Bagaimanapun, pada perlawanan malam ini (malam tadi), pemain Selangor mengambil kesempatan penuh daripada kedudukan Kelantan yang hanya digerakkan 10 pemain mulai minit ke-60 apabila Wan Zaharulnizam (Wan Zakaria) diberi kad merah,” katanya. – BERNAMA

Tags: PopovTRW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan

19/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd