• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Polis KL Meninggal Dunia Akibat Strok

oleh
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Henry Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini akibat strok hari ini.

Menurut anak keduanya, Melissa Vhin Sui Yee, 31, mendiang bapanya dimasukkan ke PPUM petang Jumaat lepas untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 6.04 pagi.

“Ketika ini, kami sekeluarga sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mayat mendiang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk penerbangan pada pukul 1.55 petang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Melissa berkata bapanya tidak pernah mengalami masalah kesihatan sebelum ini dan datang ke ibu negara beberapa hari lepas untuk menghadiri satu mesyuarat pada Jumaat lepas.

Mendiang yang meninggalkan isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta sepasang anak lelaki dan perempuan telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.

Selepas bersara, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta pernah menjadi Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Henry Chin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas KP KL Mendiang Henry Chin Selamat Disemadikan

27/10/2016
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, mendiang Tan Sri Henry Chin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cina di...

Henry Chin – Insan Komited, Dedikasi & Disiplin

25/10/2016
0

KOTA KINABALU - Mendiang Tan Sri Henry Chin meninggalkan legasi sebagai seorang yang komited, berdedikasi dan disiplin sepanjang perkhidmatannya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd