• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas KP KL Mendiang Henry Chin Selamat Disemadikan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, mendiang Tan Sri Henry Chin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cina di Batu 5, Jalan Tuaran di sini pada kira-kira 11.30 pagi, selepas diberi penghormatan terakhir.

Mendiang diarak dari Wisma Fook Lu Siew pada 10.40 pagi, dengan diiringi anggota polis menuju ke tanah perkuburan itu yang terletak kira-kira 2km dari wisma berkenaan.

Sebelum itu, orang ramai termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer hadir pada upacara penghormatan di Wisma Fook Lu Siew.

Mendiang adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan naib pengerusi Yayasan Pemcegahan Jenayah Malaysia (MCPF) serta anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

Mendiang berkhidmat dengan PDRM lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.

Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta dua anak. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaTan Sri Henry Chin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd