• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Penuntut UM Ditawar Masuk Unisel @ KUIS Jika Kena Buang

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nasib lapan orang pelajar Universiti Malaya (UM) termasuk penganjurnya, Fahmi Zainol bakal terjawab dalam prosiding tatatertib yang dijalankan hari ini.

Namun, belum pun keputusan dijatuhkan, Exco Pendidikan, Pembangunan Sosial Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan negeri Selangor bakal membantu sekumpulan pelajar tersebut untuk menyambung pengajian di institusi pengajian miliknya.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

Ujar Nik Nazmi, peluang tersebut bakal diberikan kepada Fahmi dan tujuh lagi mahasiswa UM dan bakal ditempatkan sama ada di Universiti Industri Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“Sekiranya UM bertindak menjatuhkan hukuman berat dengan menggantung atau membuang mereka daripada universiti, saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor akan buat yang terbaik untuk memastikan mereka diberi peluang untuk menyambung pelajaran mereka,” ujarnya.

Dia yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) digunakan pihak tertentu bagi untuk menghalang mahasiswa bersuara membincangkan perihal politik negara.

Prosiding tatatertib yang melibatkan Fahmi Zainol kerana tuduhan menganjurkan Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun : Dari UM Ke Penjara tanpa kebenaran pihak universiti, sedang berlangsung hari ini di bawah Seksyen 16B AUKU 1971.

Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa UM, walau bagaimanapun memohon sesi tersebut ditangguhkan bagi melakukan persedian dengan lebih teliti.

Ujarnya kepada portal The Rakyat Post melalui mesej di aplikasi Whatsapp, dia dan beberapa individu lain memohon pihak universiti mempertimbangkan penangguhan tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimKerajaan SelangormahasiswaUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan terbuka sama ada benar terdapat keputusan untuk melonggarkan syarat pembinaan atau pemutihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd