BERKEMUNGKINAN besar khabar angin mengatakan bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale berhijrah ke Manchester United bakal menjadi kenyataan pada musim hadapan.
Ini kerana, Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan kembali khidmat pemain sayap Red Devils, Angel Di Maria.
Menurut laporan Daily Express, Madrid dikatakan bersetuju untuk melepaskan Bale untuk mendapatkan Di Maria daripada pasukan kendalian pengurus Louis Van Gaal itu.
Sebelum ini, Madrid menjual Di Maria dengan perjanjian £59 juta (RM312 juta), tetapi kini mereka cuba mendapatkan kembali pemain kebangsaan Argentina itu dengan harapan Man U bersetuju dengan perpindahan Bale ke Old Trafford. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR

