• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Semporna Terakhir AGM Tetap ‘Meriah’ Tanpa Shafie

oleh
24/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Ketiadaan Datuk Shafie Apdal untuk mengetuai satu parti baharu gagal menjejaskan ‘rentak’ persidangan tahunan UMNO Bahagian Semporna yang pernah diterajuinya sebelum ini.

Sebaliknya mesyuarat bahagian tersebut berlangsung ‘meriah’ dengan kehadiran kira-kira 3,000 perwakilan di Dewan Masyarakat Semporna hari ini dan dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ia ekoran ‘cerita’ portal berita propembangkang konon UMNO bahagian itu lumpuh setelah ‘dilepaskan’ Shafie yang pernah menjadi pemimpin di situ sejak 25 tahun sebelum digugurkan jawatan Kabinet Persekutuan tahun lalu.

Persidangan UMNO Bahagian Semporna yang lancar sekali gus menjadi pelengkap kerana ia merupakan bahagian terakhir yang bermesyuarat sebelum Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur hujung bulan depan.

Portal berita AgendaDaily melaporkan, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan malah diberikan sambutan hangat dan beliau diraikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Turut hadir memeriahkan persidangan ialah bapa Nasir iaitu bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai selain acara berkenaan disertai Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Yahya Hussin.

semporna

Majlis perasmian bahagian itu juga diserikan dengan upacara menaikkan bendera pusaka UMNO, Sang Saka Bangsa di pekarangan dewan tersebut yang diiringi lagu keramat UMNO iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO keluar parti bagi mengetuai Parti Warisan Sabah, parti pembangkang tempatan ‘dijenamakan’ semula untuk menentang Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Kemeriahan persidangan di Semporna sekali gus menepis ‘cakap politik’ konon Sabah yang dianggap sebagai negeri strategik ‘deposit tetap’ BN selain jirannya, Sarawak akan menghadapi masalah semasa PRU ke-14 akan datang.

Perhatian luar biasa media di Semporna turut mengulangi suasana sama ketika persidangan tahunan Bahagian Pagoh pada 21 Ogos lalu susulan pemecatan ketuanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ahli parlimen di situ.

Bekas timbalan presiden UMNO itu yang dilucut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan dalam rombakan Kabinet tahun lalu kemudian menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta menjadi presidennya.

Namun mesyuarat tahunan perwakilan di Pagoh masih berlangsung cukup meriah dirasmikan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Shafie ApdalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd