• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perolehan Kapal Peronda, Naik Taraf Fasiliti Di Esszone

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) termasuk penyediaan peruntukan bagi perolehan kapal peronda dan menaik taraf fasiliti di zon berkenaan yang sering berlaku kes jenayah rentas sempadan termasuk penculikan.

Menurut Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, peruntukan untuk ESSZone itu merupakan antara RM4.1 bilion yang diberikan untuk subsektor pertahanan pada 2016.

Pada 25 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pewujudan ESSZone di 10 kawasan di timur Sabah bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu berikutan pencerobohan pengganas dari selatan Filipina beberapa bulan sebelum itu.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurut laporan ekonomi itu lagi, secara keseluruhan perbelanjaan bagi sektor keselamatan bagi tahun 2016 dianggarkan sebanyak RM5 bilion atau 11.2 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan berbanding RM4.17 bilion atau 11.7 peratus pada 2015.

Sebanyak RM0.9 bilion lagi diperuntukkan untuk meningkatkan subsektor keselamatan dalam negeri terutama bagi perolehan helikopter untuk Polis Diraja Malaysia.

Ia juga termasuk bagi menaik taraf sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sistem pengawasan di pusat pemeriksaan Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Esszone
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd