• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 5 Sudah Terpesong – PAS

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS memutuskan tidak menyertai Bersih 5.0 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

“Selain dilihat sudah ‘lari’ daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada Bersih 4.0 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan – Membangun Bersama Islam di sini, malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5.0 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama. – BERNAMA

Tags: BERSIH 5PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

17/07/2026
0

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 11 baki kerusi yang tidak ditandingi oleh Barisan Nasional...

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd