• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Sekat 36 Laman Web Sebar Ideologi Militan Daesh

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat 36 laman web dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Indonesia yang terlibat dalam penyebaran ideologi kumpulan militan Daesh.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu membabitkan 72 pautan internet (URL) dan pemadaman 12 akaun media sosial dan 29 kandungan video dengan kerjasama pengendali laman media sosial.

“Kita sedia maklum bahawa Daesh adalah kumpulan yang sangat mahir menggunakan media baharu dalam aktiviti penyebaran propoganda, meraih sokongan dana, merekrut ahli baru dan memutarbelitkan tafsiran ayat al-Quran.

“Ini jelas menjadi cabaran bagi pihak berkuasa dalam menangani kumpulan pengganas terbabit dalam penggunaan teknologi maklumat dan aplikasi dalam talian seperti Telegram dan Whatsapp,” katanya semasa berucap merasmikan Forum Isu Semasa: Ancaman Militan Daesh di Dewan Majlis Perbandaran di sini hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin kumpulan pengganas menjadikan mereka yang jahil agama dan mencari jalan mudah untuk mati syahid sebagai mangsa.

“Kejahilan dalam agama adalah faktor penting menjerumuskan seseorang menjadi pengganas kerana sebahagian besar suspek militan Daesh di Malaysia adalah mereka yang jahil agama dan mencari jalan mudah untuk mati syahid.

“Kita juga dapati seseorang yang dibesarkan dalam keadaan bermasalah dan keluarga bermasalah adalah antara faktor yang mendedahkan seseorang menjadi pengganas berdasarkan beberapa kes di Malaysia dan di peringkat antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: DaeshSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd