• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geran Tanam Semula Sawit Mungkin Sebahagian Bajet

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Geran penanaman semula untuk meningkatkan produktiviti minyak sawit negara mungkin menjadi sebahagian daripada insentif untuk penanam, terutamanya pekebun kecil, dalam Bajet 2017 yang akan diumumkan esok.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata penanaman semula dalam industri minyak sawit amat penting berikutan sebahagian besar kawasan tanaman terdiri daripada pokok sawit yang telah matang berusia lebih daripada 30 tahun.

Katanya terdapat keperluan untuk menanam semula dan meningkatkan hasil.

“Angka ini (pokok yang matang) terlalu tinggi untuk penuaian dan sebab kepada produktiviti menurun.

“Kami telah meminta Perdana Menteri geran penanaman semula untuk menggalakkan penanam, terutamanya pekebun kecil menanam semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Minyak dan Lemak Antarabangsa 2016 di sini hari ini.

Beliau berkata pengeluaran pada tahun ini dijangka rendah iaitu kurang 20 juta tan disebabkan kesan daripada El Nino.

Industri minyak sawit penting kepada ekonomi Malaysia, selain menjadi pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia.

Kedua-dua negara membekalkan lebih 85 peratus daripada minyak sawit global.

Tahun lepas, sumbangan industri minyak sawit kepada sektor pertanian dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 5.1 peratus.

Dari segi pendapatan eksport, sektor tersebut menyumbang RM63.2 bilion dan 8.1 peratus daripada jumlah eksport barangan.

Sementara itu, Mah berkata kementerian turut memohon peruntukan dalam Bajet 2017 untuk mendorong lebih banyak penyelidikan dan pembangunan berasaskan industri, dan terus mampan dalam pasaran global. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017kelapa sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

31/01/2024
0

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan...

Buruh Paksa Bukan Lagi Isu Sawit Negara Ini

22/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menanganinya, termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd