• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lans Koperal, 4 Rakan Dalang Curi Kereta Di Bukit Aman

oleh AK-47
20/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes kehilangan dua kereta milik pegawai polis yang diparkir di Menara 1, Bangunan Kompleks Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman, didalangi seorang anggota polis dan empat rakannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kehilangan kereta Volkswagen Vento milik seorang Deputi Superintendan Polis (DSP) dan Proton Saga BLM milik Asistan Superintendan Polis (ASP) masing-masing dari Jabatan Siasatan Trafik dan Jabatan Penguatkuasaan berlaku pada 6 Okt lepas.

“Siasatan dilakukan susulan kehilangan kereta di tempat parkir Bukit Aman dan hasilnya, polis menahan seorang anggota berpangkat Lans Koperal berumur 30-an yang bertugas di Cawangan Kem Komandan Bukit Aman,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Amar Singh berkata empat lagi lelaki berusia di antara 29 hingga 42 tahun, yang bekerja sebagai penarik kereta dan mekanik, ditahan pada Isnin lepas.

“Keempat-empat lelaki itu ditahan di Selangor bersama-sama kereta Volkwagen Vento yang dilaporkan hilang itu. Bagaimanapun, kereta Proton Saga BLM itu masih belum ditemui,” katanya.

DSP itu ke Terengganu untuk tugasan rasmi dan meletakkan keretanya di Tingkat Satu parkir itu pada 26 Sept sebelum kembali pada 5 Okt lepas manakala ASP itu meletakkan keretanya di Tingkat Dua kerana melaksanakan tugasan rasmi di luar kawasan.

Kedua-dua pegawai polis berkenaan terkejut apabila mendapati kereta mereka hilang sekembalinya ke Bukit Aman untuk mengambil kenderaan masing-masing.

“Kami sedang menyiasat suspek sama ada mereka pernah terlibat dengan mana-mana sindiket curi kereta,” katanya.

Amar Singh berkata anggota polis itu membawa keluar kenderaan itu dengan bantuan empat lelaki berkenaan, dan dua kereta itu telah pun dijual kepada pihak ketiga.

Menurutnya anggota polis itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini manakala empat rakannya ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Amar Singh berkata polis telah menghantar alamat Internet Protokol (IP) seorang lelaki tempatan yang dipercayai memuat naik gambar lucah kanak-kanak di laman sosial kepada Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

“Kami masih menyiasat sama ada gambar kanak-kanak itu milik rakyat negara ini atau luar negara,” katanya.

Pada 14 Okt lepas, polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai memuat naik gambar lucah kanak-kanak di laman sosial di Jinjang Utara dalam operasi pada 9.50 pagi.

Lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di rumahnya selepas polis menerima maklumat mengenai aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak di laman sosial daripada Polis Taiwan. – BERNAMA

Tags: curikereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd