• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arvin Juara Peringkat Kedua Jelajah Malaysia 2016

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Pelumba Iran, Arvin Moazzami Goudarzi meneruskan penguasaan pasukan Pishgaman Giant selepas menjuarai perlumbaan peringkat kedua kejohanan berbasikal Jelajah Malaysia, di sini hari ini.

Arvin, 26, menamatkan perlumbaan dengan catatan tiga jam 12 minit 06 saat, yang sama dengan dua rakan sepasukannya, Reza Hosseini dan Amir Kolahdouz Hagh, dalam perlumbaan yang bermula dari Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput, Perak ke Brinchang, di sini.

Kejayaan hari ini membolehkan Arvin merampas jersi Kuning daripada rakan sepasukan, Rahim Emami yang menduduki tempat keenam daripada 119 pelumba dengan catatan 3:16:48s.

Arvin mengakui ia bukan kejayaan mudah kerana perlu mengerah sepenuh tenaga terutama di dua zon pendakian di Kampung Raja dan Brinchang — yang terletak 1,417 meter di atas paras laut.

“Saya gembira memenangi perlumbaan hari ini yang juga kejayaan kedua di Malaysia selepas mendapat pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia 2012 di Putrajaya.

“Bagi perlumbaan esok, saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana laluannya memberi kelebihan kepada peserta pecut tapi saya akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan jersi Kuning ini,” kata Arvin.

Dalam pada itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki yang masih mengekalkan jersi Merah selaku pelumba terbaik Malaysia, mengintai sekurang-kurangnya satu kedudukan podium pada baki tiga lagi peringkat perlumbaan kejohanan berbasikal tertua di negara ini.

Pada masa sama, beliau turut berharap dapat membantu rakan sepasukannya, Mohd Harrif Saleh merampas jersi Biru selaku Raja Pecut daripada Rahim yang terus mengekalkan jersi berkenaan selepas berakhirnya dua peringkat perlumbaan.

“Sasaran pasukan hari ini adalah kedudukan podium tapi tak tercapai namun saya gembira dapat kekalkan jersi Merah ini. Laluan pendakian hari ini agak mencabar namun saya gembira kerana Mohd Harrif dapat meraih mata pada dua zon pecutan iaitu di Tanjung Rambutan dan Tambun,” jelas Nur Amirul.

Sementara itu, ketua jurulatih merangkap pengurus TSG, Adam Szabo yakin pasukannya mampu mencapai sekurang-kurangnya satu kedudukan podium dalam baki tiga peringkat perlumbaan.

“Saya percaya pelumba TSG mempunyai peluang lebih baik menaiki podium dalam tiga peringkat terakhir, selain mendapat dua jersi lagi iaitu Merah dan Biru,” katanya.

Peringkat ketiga perlumbaan Jelajah Malaysia, esok melibatkan jarak sejauh 169.1km dari Gua Musang ke Pasir Puteh dengan tiga zon pendakian di Gua Musang, Chiku dan Paloh serta tiga zon pecutan di Kampung Lata Rek, Bukit Sireh dan Banggol Telipot. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd