• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Tembak Mati Penjenayah Paling Dikehendaki

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak menembak mati seorang lelaki yang juga penjenayah paling dikehendaki dalam satu insiden tembak menembak di Tambun di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis negeri Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kejadian 12.01 pagi itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) yang melakukan rondaan terserempak sebuah kenderaan Toyota Vios di Jalan Besar Tanjung Rambutan dalam keadaan mencurigakan.

“Pihak polis telah cuba menahan kereta tersebut tetapi pemandunya terus memecut ke arah Kondominium The Heaven sebelum terbabas di bahu kiri jalan.

“Apabila polis cuba menghampiri kereta itu, suspek tiba-tiba keluar dari kenderaan dan melepaskan satu das tembakan yang mengenai baju kalis peluru seorang anggota polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasnan berkata suspek kemudiannya sekali lagi melepaskan tembakan ke arah pasukan polis dan keadaan itu memaksa polis melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Hasnan berkata, hasil siasatan mendapati suspek lelaki yang berumur 35 tahun berasal dari Ipoh itu mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah, curi kenderaan dan pecah rumah.

“Suspek juga pernah dikenakan perintah sekatan di Johor sekitar dua tahun lalu serta pernah ditangkap berikutan kes ugutan menggunakan senjata pada Februari 2016,” katanya.

Hasnan berkata dengan tertembaknya suspek itu, polis percaya dapat menumpaskan penjenayah paling dikehendaki dan juga ‘lone ranger’ yang aktif melakukan jenayah bersenjata api di daerah ini. – BERNAMA

Tags: ditembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd