• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Campak Ular: KPWKM Sedia Kaunseling Murid

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang terlibat dalam kes ular dicampak ke dalam kolam bagi ujian bina diri di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia penting bagi memberi sokongan dan bimbingan kepada murid berkenaan dalam usaha memulihkan semangat mereka akibat insiden itu.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Tindakan mencampak ular bagi menguji keberanian murid adalah tidak patut dan ia akan menyeksa mental serta fizikal pelajar terbabit…mereka akan menjadi trauma,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Satu rakaman video berdurasi lebih dua minit tersebar di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah ular dicampak ke dalamnya.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyiram air dan menyergah pelajar sepanjang modul ituberlangsung.

Sebanyak 45 murid dari sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menyertai modul latihan berkenaan di pekarangan pejabat APM Kuala Kangsar.

Rohani berkata beliau secara peribadi telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan supaya tindakan sewajarnya diambil berhubung perkara itu.

“Beliau (Kamalanathan) telah memberi jaminan bahawa perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin dan tidak akan berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd