• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Pemilik Syarikat Telekomunikasi Didenda RM40,000

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tempoh lapan bulan.

Hakim Murtazadi Amran, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika tertuduh, Wong Kean Yik, 35, gagal membayar denda bagi setiap lapan pertuduhan itu.

Kean Yik, didakwa gagal mengemukakan penyata cukai GST bagi tempoh bercukai dari Mei 2015 hingga Disember 2015 sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Stesen JKDM, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 41 (6) akta sama dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, S. Morgan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Murtazadi dalam keputusannya berkata faktor berikut telah diambil kira antaranya kepentingan awam mengatasi kepentingan individu dan mahkamah perlu mempertimbangkan akibat daripada tidak mengemukakan penyata itu kepada Kastam.

“Apabila tidak membayar cukai GST kepada kerajaan, maka kerajaan tidak mendapat hasil yang boleh digunakan untuk kepentingan awam dan lain-lain, selain boleh mengakibatkan ekonomi negara merosot dan tidak stabil,” katanya.

Beliau berkata mahkamah turut mengambil kira faktor pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh kerana ia menjimatkan masa mahkamah dan menunjukkan tertuduh menyesal atas kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, katanya mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman terlalu ringan kerana kesalahan itu adalah serius dan ia sebagai memberi pengajaran kepada pembayar cukai lain agar tidak melakukan kesalahan seperti itu.

Pada 5 Okt lalu, Kean Yik mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas kesemua pertuduhan itu dan memohon mahkamah menangguhkan keputusan kes bagi membolehkannya menyediakan wang secukupnya untuk membayar denda. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd