• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Pengarah Bebas Dengan Ikat Jamin

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU- Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 Okt lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan
projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan pembebasan penasihat teknikal dan kejuruteraan di sebuah jabatan kerajaan itu selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili peguam Mohd Faliq Basirudin.

Tahanan reman bekas timbalan pengarah berusia 62 tahun itu, yang bersara pada tahun lalu sebelum dilantik sebagai penasihat teknikal dan kejuruteraan jabatan berkenaan, tamat hari ini.

Walaupun dibebaskan, SPRM boleh memanggil suspek pada bila-bila masa jika diperlukan untuk membantu siasatan. Suspek diwakili peguam Chin Teck Ming, Karpaljit Singh dan Baldev Singh.

Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan empat orang suspek termasuk seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini, berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas itu dan merampas wang tunai lebih
RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan 127 geran tanah dianggarkan
bernilai RM30 juta.

Bagaimanapun pengarah jabatan berkenaan dibebaskan pada 16 Okt lalu dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin selepas tempoh tahanan remannya tamat.

Tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah dan adiknya yang merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, dibebaskan pada 17 Okt masing-masing dengan RM500,000 dengan dua orang penjamin manakala akauntan kepada Datuk berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. -BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd