• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbang Kurang Fi Cukai Jalan Kenderaan Jenazah

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan mempertimbangkan permohonan bagi pengurangan atau pengecualian fi cukai jalan bagi kenderaan jenazah yang dimiliki masjid atau badan keagamaan lain yang tidak bermotifkan keuntungan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata pengurangan atau pengecualian itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan melalui peruntukan Kaedah 16(1)(c) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Beliau berkata kenderaan jenazah didaftarkan di bawah kategori Kenderaan Barangan-Mayat dengan kod kegunaan ‘BM’ dalam sistem MySikap di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tertakluk kepada fi Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan).

“Dalam hubungan ini, pihak kementerian akan memberi pengurangan atau pengecualian setelah menerima permohonan daripada pihak yang terbabit,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengenai status kenderaan jenazah yang cukai jalan dan insurans yang ditetapkan membebankan pihak pengurusan masjid.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengurangan atau pengecualian bayaran insurans kerana perkara itu ditetapkan oleh pihak Bank Negara.

“Mengikut Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kesemua kenderaan kecuali kenderaan milik kerajaan diwajibkan untuk memiliki perlindungan insurans,” katanya. – BERNAMA

Tags: cukai jalanMenteri Pengangkutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd