• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti, Datuk K Bakal Muncul Dalam Program Realiti Sendiri

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI berita yang gembira buat peminat industri hiburan kerana penyanyi no.1 negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal muncul dalam program realitinya sendiri pada Januari tahun depan.

Turut tidak ketinggalan terlibat dalam program realiti ini adalah suami tercintanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K.

Pasangan ini akan memaparkan kehidupan mereka menerusi program yang diberi nama CTDK-action.

Pengumuman itu dikongsi Siti dan suaminya secara langsung menerusi program A.M. Live! di Astro Ria pada pukul 9 pagi semalam.

Sementara itu, Datuk K turut meluahkan kesediaannya terhadap komen negatif orang ramai mengenai kehidupan mereka.

“Saya bersedia untuk berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan kami bersama peminat. Kami tidak bimbang tentang kritikan kerana sudah lali dengannya,” kata Datuk K kepada sebuah akhbar tempatan.

Menerusi program realiti ini, kita akan melihat Siti buat pertama kalinya bercuti bersama keluarga besar Datuk K di beberapa buah negara seperti Portugal, Sepanyol, Dubai, Emiriah Arab Bersatu selama 21 hari bermula 2 November depan.

Difahamkan, 29 orang ahli keluarga Datuk K akan turut serta dalam percutian bagi rakaman program realiti itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Ksiti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

21/08/2023
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa dana RM10...

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd