• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Percaya Suspek Utama Kes Tikam Masih Di Terengganu

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis percaya suspek utama kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, di sini masih bersembunyi di negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata pihaknya turut bekerjasama dengan polis di kawasan sempadan bagi memastikan suspek tidak dapat meloloskan diri ke negara jiran.

“Rakan suspek yang bertindak sebagai pemandu juga memaklumkan suspek pulang bersama ke rumahnya di Jalan Tanjung Bunut, Kampung Buluh Gading selepas kejadian tikam itu bagi mengambil motosikal yang ditinggalkan di rumah berkenaan.

“Kami meminta orang ramai yang berjumpa atau mengetahui di mana suspek berada untuk melaporkan ke balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak bertindak melindungi suspek bagi mengelakkan tindakan undang-undang kerana bersekongkol, menyembunyi atau melindungi suspek,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Wan Abdul Aziz turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan menyebarkan gambar pembunuhan mangsa di media sosial dan berita yang boleh mengganggu siasatan polis.

Semalam, rakan suspek serta bapa saudaranya ditahan kira-kira pukul 4.30 petang dan 4.45 petang oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Balai Polis Manir.

Kedua-dua mereka yang berusia 27 dan 55 tahun itu diberkas dalam dua serbuan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Mohamad Shukri Husin, 34.

Mangsa mati selepas ditikan enam kali dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu.- BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd