Para wakil media yang menyertai program Sahabat Media-Terengganu Budaya dan Seni 2014 diuji kecergasan fizikal dengan aktiviti berkayak di Sungai Berang.
Sebelum berkayak, para peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi media mencuba melakukan aktiviti yang dinamakan Menggarau Ikan di tebing sungai itu iaitu cara tradisi menangkap ikan penduduk setempat.
Kaedah itu dilakukan dengan meletakkan pukat sepanjang sungai dan kawasan tebing sungai dikepong dengan pukat yang sama untuk memerangkap ikan.
BACA – Ikan Kelah Ini Harganya RM550 Dan Beratnya Hanya 2kgÂÂ
Kira-kira lima orang pula berada beberapa kilometer ke hulu sungai berkenaan untuk menghalau kawanan ikan menghala ke kawasan pukat sudah sedia ditahan.
Kumpulan penghalau ikan kemudian akan tiba ke kawasan pukat seterusnya menghalau ikan masuk ke dalam ruang yang sudah disediakan untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun, ekoran arus Sungai Berang yang terlalu kuat menyebabkan pukat yang dipasang ditolak arus sehingga ada beberapa bahagian yang putus.
Hasil tangkapan ikan tidak begitu memberangsangkan kerana keadaan sungai yang berarus deras dan dalam serta keadaan air yang keruh.
Selesai, aktiviti Menggarau Ikan, para media bermula mendayung kayak dengan dibantu beberap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan keselamatan dan aktiviti berkenaan berjalan lancar.
Kira-kira 24 orang wakil media mengambil bahagian dalam 12 buah kayak menyusuri Sungai Berang yang begitu mencabar sehingga para peserta terpaksa berhenti sebanyak tiga kali untuk berehat dan membuang air yang masuk ke dalam kayak.

Beberapa kayak yang dinaiki wakil media ada juga yang terbalik selepas terlanggar kayu yang tenggelam dari pokok yang tumbang ke dalam sungai.
Bagaimanapun tindakan pantas anggota bomba memastikan mereka kembali berkayak.
Hari ini merupakan hari terakhir program berkenaan yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi dan Publisiti Tourism Malaysia dan majalah Santai Travel membawa wartawan menjelajah negeri Terengganu selama tiga hari dua malam.
Selesai program semalam, wakil media bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 4.45 petang semalam. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ

