• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sahabat Media-Terengganu Berkayak 2 Jam di Sungai Berang

oleh AK-47
07/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Para wakil media yang menyertai program Sahabat Media-Terengganu Budaya dan Seni 2014 diuji kecergasan fizikal dengan aktiviti berkayak di Sungai Berang.

Sebelum berkayak, para peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi media mencuba melakukan aktiviti yang dinamakan Menggarau Ikan di tebing sungai itu iaitu cara tradisi menangkap ikan penduduk setempat.

Kaedah itu dilakukan dengan meletakkan pukat sepanjang sungai dan kawasan tebing sungai dikepong dengan pukat yang sama untuk memerangkap ikan.

BACA – Ikan Kelah Ini Harganya RM550 Dan Beratnya Hanya 2kg 

Kira-kira lima orang pula berada beberapa kilometer ke hulu sungai berkenaan untuk menghalau kawanan ikan menghala ke kawasan pukat sudah sedia ditahan.

Kumpulan penghalau ikan kemudian akan tiba ke kawasan pukat seterusnya menghalau ikan masuk ke dalam ruang yang sudah disediakan untuk menangkap ikan.

Kayak_2_3
Wakil media memegang pukat yang digunakan untuk menahan ikan yang berenang ke arahnya selepas dihalau oleh penduduk setempat dalam aktiviti Menggarau Ikan di Sungai Berang, semalam. – Foto MYNEWSHUB.CC

 

Bagaimanapun, ekoran arus Sungai Berang yang terlalu kuat menyebabkan pukat yang dipasang ditolak arus sehingga ada beberapa bahagian yang putus.

Hasil tangkapan ikan tidak begitu memberangsangkan kerana keadaan sungai yang berarus deras dan dalam serta keadaan air yang keruh.

Selesai, aktiviti Menggarau Ikan, para media bermula mendayung kayak dengan dibantu beberap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan keselamatan dan aktiviti berkenaan berjalan lancar.

Kira-kira 24 orang wakil media mengambil bahagian dalam 12 buah kayak menyusuri Sungai Berang yang begitu mencabar sehingga para peserta terpaksa berhenti sebanyak tiga kali untuk berehat dan membuang air yang masuk ke dalam kayak.

Kayak_4
Pengiring aktiviti berkayak (di dalam air) memberikan arahan kepada Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Ahmad Zulfa Shafie (dalam kayak, belakang) untuk melepasi halangan di bawah kayu yang melintang di dalam Sungai Berang di Hulu Terengganu, semalam. – Foto MYNEWSHUB.CC

Beberapa kayak yang dinaiki wakil media ada juga yang terbalik selepas terlanggar kayu yang tenggelam dari pokok yang tumbang ke dalam sungai.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota bomba memastikan mereka kembali berkayak.

Hari ini merupakan hari terakhir program berkenaan yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi dan Publisiti Tourism Malaysia dan majalah Santai Travel membawa wartawan menjelajah negeri Terengganu selama tiga hari dua malam.

Selesai program semalam, wakil media bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 4.45 petang semalam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: PelanconganTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd