• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar Di Johor Dijangkakan Tidak Teruk

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Keadaan air pasang besar di Johor dijangkakan tidak serius, berbanding di negeri-negeri lain termasuk Selangor dan di bahagian utara Semenanjung.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata walau bagaimanapun, persiapan rapi masih tetap dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata semua pegawai daerah telah diarahkan agar sentiasa bersiap sedia membuka pusat pemindahan pada bila-bila masa diperlukan.

“Di Johor, kita telah mengenal pasti sebanyak 13 kawasan berisiko antaranya ialah persisiran pantai Johor Bahru, Tanjung Langsat, Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, Pulau Pisang, Persisiran Endau, Sungai Belungkur, Kuala Batu Pahat, Mersing dan Muar.

“Saya berharap jangkaan yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini tepat dan kita tidak akan mempunyai masalah nanti,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan air pasang besar di Sungai Lurus, Senggarang, di sini hari ini.

Ayub berkata bacaan air pasang besar di Johor setakat ini menunjukkan fenonema itu masih tidak berbahaya iaitu pada paras 3.1 meter.

Dalam pada itu, beliau berkata Jeti Sungai Lurus pernah tenggelam akibat kejadian air pasang besar beberapa tahun yang lalu dan tahun ini, ia diramalkan berlaku lagi.

Namun bagi mengelakkan masalah itu daripada berulang, kerajaan negeri bersama kerajaan pusat telah memulakan projek membina, membaiki dan menaik taraf beberapa benteng di pantai barat Johor sejak dua tahun lepas.

Ini termasuk melibatkan pembinaan benteng di Sungai Yam dan Sungai Hailam di Batu Pahat, katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besarJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

11/06/2026
0

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching memaklumkan Program Jualan Rahmah akan diadakan di daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd