• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menyamar Muslim, Pengemis Raih RM11,000 Sebulan

oleh AK-47
16/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, dalam masa sebulan seorang pengemis wanita mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah sehingga RM11,000.

Bermodalkan lakonan air mata dan agama orang lain, seorang wanita Kemboja berusia 50 tahun mengaku memperoleh hasil lebih RM150 dalam sekitar tiga jam dengan duduk menadah tangan kepada orang ramai.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan sanggup menyamar sebagai orang Islam dengan memakai tudung berwarna hitam demi meraih simpati umum.

Dia antara tujuh pengemis termasuk tiga warga asing yang ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar di sebuah pasar di Jalan Putra, Kedah, semalam.

Hasil pemeriksaan beg tangannya menemui RM1 berjumlah RM758 yang diperolehi hanya dalam tempoh 2 hari.

Secara umum dia boleh mendapat sehingga RM150 dalam 3 jam mengemis.

Menurut laporan Sin Chew Daily, wanita itu yang kudung kedua-dua kakinya mengemis di sekitar pasar yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ketika disoal siasat, dia mengaku memakai tudung untuk menyamar sebagai umat Islam kerana ia lebih mudah menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan ‘pendapatan’ lebih banyak.

Menurut wanita itu, sekurang-kurangnya RM3,000 hingga RM5,000 boleh didapatkan secara purata dalam sebulan dan dia mendakwa pernah mengumpul sebanyak RM11,000.

Difahamkan, wanita itu tidak memiliki sebarang dokumen menyewa di sebuah kediaman bersama kenalan di Simpang Empat, di Daerah Kota Setar.

Cerita pengemis kaya di negara ini sememanya bukan hanya kisah dongeng atau cerita mulut ke mulut, sebaliknya suatu realiti yang menuntut kita bersama-sama berfikir, bagaimana ini boleh terjadi?

Lihat sahaja di mana-mana, pengemis sekarang bukan sahaja berwajah tempatan, sudah ramai yang ‘diimport’. –

Jangan terlalu mudah simpati dengan mereka yang sebahagiannya hanya mahu mengambil kesempatan mendapatkan wang dengan cara mudah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: menyamarpengemis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

09/12/2024
0

SEREMBAN - Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd