• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, PM Paling Banyak Perjuang Isu Masyarakat India

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang paling banyak memperjuangkan isu masyarakat India di negara ini.

Beliau berkata selama lebih tujuh tahun memimpin negara ini, Najib telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan dalam pembangunan masyarakat India khususnya transformasi sekolah Tamil.

“Selepas beliau mengambil alih kepimpinan negara, banyak kebaikan yang telah dilaksanakan termasuk penambahan peruntukan untuk bantuan modal sekolah Tamil dan pembinaan lebih banyak sekolah Tamil baharu.

“Malah perdana menteri yang paling lama (berkhidmat sebelum ini) pun hanya melakukan peratusan yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan apa yang diusahakan Datuk Seri Najib,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Justeru Subramanian berkata beliau mewakili masyarakat India mengucapkan terima kasih atas segala inisiatif dan bantuan yang telah diberikan selama ini.

Dalam sidang media selepas itu, Dr Subramaniam mahu segala bantuan yang diperuntukkan bagi pembangunan sekolah Tamil ketika ini dijadikan sebahagian daripada dasar kerajaan.

“Perkara ini perlu diserap sebagai satu tanggungjawab di bawah Kementerian Pendidikan seperti yang dilakukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan. Kita percaya melalui cara ini sahaja, kita boleh memastikan bantuan ini akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai gesaan Najib yang mahu parti-parti mewakili masyarakat India lain untuk turut bergabung menjadi sebahagian MIC, beliau berkata perkara tersebut masih dalam perbincangan antara ketua-ketua parti.

“Niat perdana menteri untuk parti India bergabung memang baik, kami tidak menolak perkara ini dan kita akan usahakan untuk adakan satu proses perbincangan,” katanya.

Perhimpunan Agung MIC ke-70 yang diadakan hari ini dihadiri 2,500 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara bertemakan ‘Satu Suara, Matlamat Sama’ yang antara lain akan membawa usul berkaitan pendidikan, pekerjaan dan kesihatan. – BERNAMA

Tags: Masyarakat IndiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd