• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Halang Bersih 5 Tidak Waras – NUJ

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ ) menyifatkan kumpulan yang mengganggu konvoi anti kerajaan Bersih 5 sebagai golongan yang tidak bertamadun dan tidak waras.

NUJ dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan kumpulan itu mengganggu petugas media yang membuat liputan Konvoi Bersih 5 memalukan Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

Tegas NUJ, Perlembagaan Negara membenarkan rakyat negara ini berhimpun secara aman.

“NUJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan anti Bersih yang mengganggu tugas media yang membuat liputan Konvoi Bersih 5 di Kuala Selangor semalam.

“NUJ juga menyifatkan ia satu tindakan cukup memalukan kerana ada golongan seperti ini masih wujud dalam negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Dua wakil media termasuk media pro pembangkang semalam didakwa diganggu oleh kumpulan anti Bersih 5 sewaktu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen Bersih 5.

Bersih 5 merupakan sebuah kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan dan memenangkan parti pembangkang yang berselindung disebalik alasan keadilan dan hak kebebasan rakyat.

Kumpulan itu dipercayai sebahagian kecil daripada anggota Baju Merah yang mahu menghalang rancangan licik Bersih 5.

Justeru, NUJ berharap pihak polis menahan ketua kumpulan yang menentang Bersih 5 dan membawa mereka ke muka pengadilan demi keharmonian rakyat Malaysia.

NUJ Malaysia akan membuat laporan polis ke atas kumpulan anti Bersih tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Red shirts harass reporter from The Star oleh kinitv

Tags: BERSIH 5NUJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Atau Cuti, NUJ Dan Pekerja Utusan Keliru

09/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd Taufek Razak, mendakwa pihaknya...

Utusan Ditutup Pada Rabu Belum Rasmi – NUJ

20/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Dakwaan Utusan Melayu (M) Berhad akan menghentikan cetakan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo pada Rabu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd