Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Yusry, Lisa Surihani Dapat...

AKTRES Lisa Surihani selamat melahirkan anak kedua di Pusat Perubatan Pantai di sini, jam...

Orang Ramai Jadi Hero...

TAKTIK empat warga Pakistan yang cuba samun seorang wanita dengan kaedah pukau berjaya ditumpaskan...

Anwar Saman Sanusi Kes...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap...

Operasi Dipergiatkan Kesan 2...

PASIR PUTEH - Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika...

Kumpulan Halang Bersih 5 Tidak Waras – NUJ

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ ) menyifatkan kumpulan yang mengganggu konvoi anti kerajaan Bersih 5 sebagai golongan yang tidak bertamadun dan tidak waras.

NUJ dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan kumpulan itu mengganggu petugas media yang membuat liputan Konvoi Bersih 5 memalukan Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

Tegas NUJ, Perlembagaan Negara membenarkan rakyat negara ini berhimpun secara aman.

“NUJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan anti Bersih yang mengganggu tugas media yang membuat liputan Konvoi Bersih 5 di Kuala Selangor semalam.

“NUJ juga menyifatkan ia satu tindakan cukup memalukan kerana ada golongan seperti ini masih wujud dalam negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Dua wakil media termasuk media pro pembangkang semalam didakwa diganggu oleh kumpulan anti Bersih 5 sewaktu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen Bersih 5.

Bersih 5 merupakan sebuah kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan dan memenangkan parti pembangkang yang berselindung disebalik alasan keadilan dan hak kebebasan rakyat.


Kumpulan itu dipercayai sebahagian kecil daripada anggota Baju Merah yang mahu menghalang rancangan licik Bersih 5.

Justeru, NUJ berharap pihak polis menahan ketua kumpulan yang menentang Bersih 5 dan membawa mereka ke muka pengadilan demi keharmonian rakyat Malaysia.

NUJ Malaysia akan membuat laporan polis ke atas kumpulan anti Bersih tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Red shirts harass reporter from The Star oleh kinitv

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori