• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet: Insentif Kepada GLC Sediakan Peluang Kerja, Latihan

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dalam memastikan graduan dihasilkan institusi pengajian tinggi digunakan dengan sebaiknya bagi membangunkan negara, kerajaan melalui Bajet 2017 perlu memberi fokus dalam mewujudkan lebih banyak insentif kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada graduan berkenaan.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata menjadi kerugian dari segi tenaga manusia sesebuah negara apabila graduan dibiarkan tidak mempunyai pekerjaan atau sebarang latihan yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka memenuhi keperluan pemain industri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mekanisme itu memerlukan komitmen penuh GLC terlibat kerana tiada gunanya kerajaan menyediakan banyak insentif tetapi dalam masa sama syarikat berkenaan tidak mempunyai pelan dan program berkesan dalam menyediakan peluang pekerjaan serta latihan kepada graduan.

“Dengan cara ini, graduan terbabit boleh mendapatkan kemahiran dan pengalaman atau sebuah permulaan dalam kerjaya mereka di syarikat GLC berkenaan sebelum melangkah ke bidang pekerjaan lain atau membuka perniagaan sendiri sekiranya mereka mahu.

“Usaha memperkasakan graduan menganggur dengan mekanisme ini amat diharapkan kerana mereka bakal mewarisi kepimpinan masa depan. Dengan pengalaman dan kemahiran, mereka juga boleh berdikari menjadi usahawan dan tidak mengharapkan kerja makan gaji semata-mata,” katanya kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada 21 Oktober ini.

Mohd Ali berkata selain graduan, inisiatif secara terus kepada rakyat juga perlu diperkasa dalam bajet tersebut berhubung perumahan dan infrastruktur untuk rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Isu perumahan sering dibangkitkan tetapi tidak ada penyelesaian jangka panjang bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif perumahan mampu milik dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) namun masih ramai yang gagal membeli rumah kerana kesukaran mendapatkan pinjaman kewangan terutama daripada pihak bank.

Justeru, katanya, melalui Bajet 2017 perlu ada mekanisme untuk memastikan golongan berkenaan mendapat pinjaman kewangan bagi pembelian rumah sebagai alternatif pinjaman kewangan di bank atau institusi kewangan lain.

“Saya yakin Perdana Menteri akan mengambil kira pandangan ini dalam pembentangan bajet kali ini kerana ini semua merupakan keperluan rakyat golongan sasar yang amat memerlukan perhatian kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017GLC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd