• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruskan Berjuang Untuk Negara Pesan Khalil Kepada LCW

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Teruskan berjuang mengharumkan nama negara adalah pesanan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei berkata Mohd Khalil menyampaikan pesanan itu kepadanya ketika menyampaikan Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira kepadanya di sini hari ini.

Beliau berkata pesanan dan anugerah itu menaikkan semangat kepadanya bagi berjuang untuk negara terutama ketika menyertai kejohanan Terbuka Denmark dan Perancis selepas ini.

“Terima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pingat ini dan ia meningkatkan lagi semangat saya untuk terus cuba melakukan yang terbaik di samping tidak mudah berputus asa. Malam ini saya akan bertolak ke Denmark untuk menyertai kejohanan itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena sambutan Hari Lahir Ke-78 Yang Dipertua Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, seramai 228 orang menerima darjah, bintang dan pingat masing-masing didahului Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron yang merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sementara itu, penyerang berbisa skuad bola sepak Melaka United, Ilija Spasojevic yang merupakan antara 34 penerima Bintang Cemerlang Melaka menyifatkan anugerah tersebut juga milik jurulatih, pengurusan dan rakan sepasukannya.

Mengulas mengenai perpindahannya, Spasojevic yang mesra dengan panggilan ‘Spaso’ berkata beliau akan melakukan perbincangan bersama pengurusan pasukan berhubung masa depannya dengan skuad Sang Kancil itu.

“Kita selesaikan dahulu musim ini kerana walaupun sudah muncul juara, perlawanan terakhir pasukan (menentang Sime Darby) tetap penting kerana ramai penyokong yang akan hadir menyaksikannya.

“Kita mahu akhiri (musim ini) dengan penuh bergaya dan beraksi sebagai juara bagi menghargai sokongan semua pihak,” kata penyerang yang fasih berbahasa Melayu itu. – BERNAMA

Tags: Tun Mohd Khalil Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perikatan Nasional Melaka Menghadap TYT Kali Kedua

06/03/2020
0

AYER KEROH - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini bersetuju menerima kunjungan kali kedua semua...

Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka Ditangguh

05/03/2020
0

MELAKA - Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua menteri ke-12 ke Isnin depan. Setiausaha Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd