• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terengganu Perlu Kerja Kuat, Kekal Bersatu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan UMNO Terengganu supaya tidak terus berada dalam keadaan selesa, malah perlu kerja kuat dan kekal bersatu bagi mengelak ancaman pihak luar.

Beliau berkata anggota UMNO perlu menjadikan keperitan untuk mengambil alih Terengganu daripada PAS suatu ketika dulu (1999 hingga 2004) sebagai iktibar.

Katanya, sokongan terhadap perjuangan UMNO juga perlulah sentiasa berkekalan dan berterusan dan bukannya berubah apabila individu yang diharapkan tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Kita perlu terus pastikan kelebihan yang ada pada kita, kesatuan yang meletakkan kepentingan dalam membela nasib rakyat, mendekati rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau turut menasihati anggota UMNO supaya kekal bersatu dan mengelak daripada berpecah-belah sesama sendiri yang akan hanya merugikan diri dan parti.

Pada sidang media kemudiannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan UMNO Terengganu supaya tidak memandang remeh kewujudan parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sedang berusaha menambah keanggotaan di negeri itu.

“Memang sekarang ini, jumlahnya hanya 290 orang sahaja di seluruh Terengganu … sekiranya UMNO Terengganu tidak bersatu padu, tidak mustahil rakyat akan bosan dan akan pergi kepada parti-parti baharu.

“Ini pengajaran yang berlaku dahulu dan ini perlu menginsafkan untuk UMNO dan BN (Barisan Nasional) Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Tags: HishammuddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd