• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sembah Tahniah Kepada Sultan Muhammad V

oleh AK-47
15/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong baharu oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini, hari ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, patik ingin menyembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Al-Sultan Negeri Kelantan Darul Naim atas pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV oleh Majlis Raja-Raja untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember 2016,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut menyembah tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Najib berkata kedua-dua pemilihan itu selaras dengan Sistem Raja Berperlembagaan Persekutuan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara berasaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Menurutnya proses itu membuktikan keutuhan merentasi masa sistem pemerintahan negara yang dibina hasil semangat musyawarah serta kebajikan Bapa-bapa Pengasas Negara yang diterajui Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Patik dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri serta anggota pentadbiran lain percaya bahawa negara akan terus bertambah makmur dan maju di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd