• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP Imigresen Nafi Berita ‘Tangkap PATI Dapat Duit’

oleh AK-47
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen tidak pernah membuat sebarang cadangan atau syor untuk memberi ganjaran dalam bentuk kewangan kepada orang awam bagi menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI), demikian tegas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Menafikan mengeluarkan kenyataan ‘Bantu tangkap PATI dapat duit’ seperti disiarkan sebuah akhbar hari ini, Mustafar berkata cadangan atau syor sedemikian boleh menjejaskan keselamatan orang awam.

“Berkemungkinan mereka akan bertindak di luar batasan undang-undang serta menyebabkan implikasi negatif dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan berhubung penyiaran laporan berkenaan.

Mustafar berkata jabatan itu juga menafikan kenyataan berkaitan cadangan membenarkan majikan yang memerlukan pekerja asing untuk terus datang memilih di tempat tahanan.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan hari ini melaporkan Jabatan Imigresen mengesyorkan agar rakyat yang membantu menangkap PATI diberikan ganjaran kewangan dalam usaha memerangi majikan serta sindiket yang mendalangi penyeludupan warga asing ke negara ini.

Mustafar dilaporkan sebagai berkata bahawa kegiatan penyeludupan PATI dan pemerdagangan manusia di negara ini sukar dibanteras selagi ada dalam kalangan rakyat bersubahat dengan kegiatan itu. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd