Wah, khabar terbaru ini disahkan sendiri oleh sebuah portal hiburan terkemuka Hollywood, E!News yang melaporkan, Kris Jenner telah mengumumkan yang dia kini sedang bercinta dengan ‘pucuk muda’ bernama Corey Gamble.
Walaupun jurang umur yang besar iaitu 26 tahun, namun ia tidak menghalang mereka dari meneruskan hubungan. Sementelah umum sedia maklum, Kris dan Bruce, pasangan yang dikahwininya sejak 1991 telah berpisah.
Menurut sumber, hubungan mereka bermula hanya sekadar sebagai teman, namun berlanjutan sehingga masing-masing jatuh cinta antara satu sama lain.
Ujar individu terbabit, mereka bersua ketika sama-sama menghadiri satu parti sambutan hari lahir seorang kenalan di Sepanyol
Hubungan mereka berlanjutan sehingga dia bersama-sama keluarga Kris ke Las Vegas bagi meraikan sambutan kelahiran Kim, bulan lalu.
Kris merupakan ibu kepada bintang Hollywood terkenal Kim Kardashian. Keluarga ini menjadi popular apabila mereka mengeluarkan rancangan realiti TV tentang kehidupan peribadi, Keeping Up With The Kardashians. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
