• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Buli Berlaku Di Asrama Anak Yatim Di Perlis

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan video klip aksi buli membabitkan tujuh pelajar dan seorang mangsa yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, berlaku di Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kes itu merupakan kes lama yang telah dilaporkan Jun lepas dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Video ini melibatkan tujuh orang pelajar iaitu tiga pelajar tingkatan satu, dua pelajar tingkatan dua, dan dua pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin yang telah memukul seorang pelajar darjah lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, difahamkan mangsa dipukul kerana enggan membersihkan bilik sedangkan pada hari berkenaan merupakan gilirannya untuk berbuat demikian.

Pihak polis tetap mengemukakan kertas siasatan kepada pendakwa raya sekalipun pihak penyelia pelajar telah menarik balik laporan mereka atas tujuan menyelesaikan masalah itu secara baik, katanya.

Klip video berdurasi enam minit 51 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lain di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah, sehingga menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.

Mengenai sebuah lagi video klip yang turut merakam aksi buli sekumpulan pelajar terhadap sembilan orang pelajar lain, Mohamad Fuzi berkata, lokasi serta nama sekolah itu sedang dikenal pasti.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit, namun sehingga hari ini masih belum ada pihak yang tampil memberi maklumat,” katanya.

Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. – BERNAMA

– Facebook PDRM

Tags: video buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: Pelajar UPNM Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

29/11/2015
0

RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu menjadi viral di laman sosial. Rakaman yang dimuatnaik...

Video: Pemandu Samseng Tarik Rambut, Hentak Muka Orang Tua

01/07/2015
0

HANYA kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab menarik rambut serta menolak muka seorang warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd