• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Filipina Haram Rokok Di Semua Tempat Awam

oleh
13/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte memang suka mencetuskan kontroversi dan kali ini beliau akan memperketatkan lagi peraturan tembakau di negara itu.

Jabatan Kesihatan Filipina memaklumkan bahawa beliau dijangka mengharamkan perbuatan merokok secara drastik di tempat-tempat awam terbuka di seluruh negara rantau Asia tenggara itu mulai bulan ini.

Sebelum ini Duterte bertegas mengharamkan iklan tembakau, mengenakan sekatan merokok di tempat awam yang tertutup dan mewajibkan gambar berbaur ngeri akibat merokok dipaparkan pada label kotak rokok.

Meskipun langkah-langkah tegas itu dapat mengurangkan agak banyak jumlah perokok tegar, tetapi pihak berkuasa kesihatan tempatan menyatakan bahawa situasi setakat ini masih lagi belum memuaskan.

Presiden Filipina Haram Rokok Di Semua Tempat Awam

Tindakan terbaharu Duterte itu sejajar janji ketika kempen pilihan raya presiden dan ia mendapat reaksi positif masyarakat antarabangsa berbanding ketegasan beliau sebelum ini membunuh ribuan pengedar dadah.

Filipina meluluskan akta kawalan tembakau pada tahun 2003, namun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 10 tahun selepas itu, hampir 21 peratus daripada 101 juta penduduk Filipina didapati masih merokok.

Faktor harga terlalu murah dan kemiskinan hidup menjadi punca trend merokok di Filipina kekal antara negara tertinggi di benua Asia dan menjadi pengguna produk tembakau yang ke-15 terbesar di dunia.

Dianggarkan secara purata perokok di Filipina setiap tahun merokok 838 batang rokok atau bersamaan 42 kotak manakala angka kematian akibat rokok mencatatkan 200 orang sehari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FilipinaRodrigo Duterte
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd