• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Viral Yang Menjadi Virus’ Rawat Deman Kuning Bayi

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK beberapa hari lalu, menjadi viral di laman Facebook berkenaan satu posting yang mendakwa kononnya terdapat petua mujarab untuk merawat kuning pada bayi baru lahir.

Posting tersebut menyatakan bahawa buah belimbing buluh boleh mengurangkan demam kuning pada bayi dan ia sekali gus mendapat lebih daripada 24,000 perkongsian di kalangan netizen.

'Viral Yang Menjadi Virus' Rawat Deman Kuning Bayi

Petua tersebut lantas membuatkan ramai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata begitu teruja untuk mencuba merawat anak mereka yang baru lahir agar penyakit kuning dapat dielakkan.

Bagaimanapun, perkongsian info daripada Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi ternyata membuatkan ramai golongan ibu bapa terkejut besar dengan petua ‘belimbing buluh’ itu.

Menurut pegawai perubatan di klinik berkenaan, perbuatan menggunakan belimbing buluh yang ditempekkan pada badan bayi hanya mengundang masalah lain yang dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan bayi.

Berikut adalah penjelasan yang dikongsikan oleh klinik tersebut.

'Viral Yang Menjadi Virus' Rawat Deman Kuning Bayi

Viral yang menjadi VIRUS!!

Terkejut beruk Doktor bertugas hari ini bertemu dengan bayi neonatal seawal 4 hari yang dibawa ayah dan ibunya dgn ruam merah penuh dibadan bersama dengan potongan belimbing buluh di celah-celah barut dan diaper….

Sambil menarik nafas dan beristighfar panjang….

Lagi terkejut bila ruam tersebut hampir menutupi jaundis (kuning) yang hampir-hampir menyebabkan doktor tidak perasan disebabkan oleh ruam merah yang hampir melitupi seluruh badan si bayi…

Bukan tarik nafas lagi, ni tahan nafas terus menahan rasa nak marah apabila si ibu menunjukkan paparan iPhone 6s petua menghilangkan jaundis bayi yang hampir 2 dekad merawat tapi tak pernah bertemu dengan petua pelik sedemikian…..

Kenapa perlu merumitkan masalah yang mudah…

Penyakit fizikal InsyaALLAH ada preskripsi…

Ubat tidak tahu bertanyalah pada yang ahlinya….

Berikut adalah penerangan yang dilakukan oleh pihak Root of Science yang menyangkal MITOS belimbing buluh boleh mengurangkan kuning bayi.

Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi.

Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan.

Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yang mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu.

Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi.

Instead dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.

Belimbing Buluh tidak mengurangkan kekuningan pada bayi.

Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang tidak terbukti berkesan.

Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi:

1. Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?

2. Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?

3. Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa mendapat air yang banyak drpd belimbing tersebut, lalu mengurangkan kuning pada bayi?

4. Etc, etc..

Ketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah. Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar daripada saluran darah ke dalam belimbing buluh tersebut.

Para pembaca perlu tahu, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Sebab itu majoriti daripada bayi hanya akan diperhatikan kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja.

Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa. Hanya jika ia mencapai kadar tertentu sahaja baru kita letakkan dibawah lampu biru untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.

Harap bermanfaat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiDemam Kuningisu viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd