• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Curi Kereta Polis Di HQ Polis Bukit Aman?

oleh
12/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan letak kereta di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman di sini mungkin bukan lagi tempat yang selamat bagi petugas termasuk pihak polis sendiri.

Portal berita propembangkang, Malaysiakini melaporkan bahawa dua pegawai polis terkejut apabila mendapati kereta mereka berjaya dicuri yang didakwa dilakukan oleh rakan sekerja mereka sendiri.

Dalam pada itu, akhbar The Sun menyatakan, kedua-dua pegawai – seorang berpangkat deputi suprintenden dan seorang lagi asisten suprintenden masing-masing dari Jabatan Siasatan Trafik dan Jabatan Penguatkuasaan.

Mangsa dikatakan meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir kereta Menara I, bangunan kompleks PDRM Bukit Aman yang dianggap sebagai antara kawasan dengan kawalan keselamatan paling ketat di negara ini.

Mereka kemudian kembali pada minggu lalu selepas habis tugasan rasmi luar kawasan dan terkejut apabila mendapati kereta masing-masing, sebuah Volkswagen Vento dan Proton Saga hilang, tambah portal berkenaan.

Deputi superintenden itu pergi ke Terengganu dan meletakkan keretanya di tingkat pertama pada 26 September sebelum kembali pada 5 Oktober, manakala pegawai yang lain pula meletakkan keretanya di tingkat dua.

Polis Curi Kereta Polis Di HQ Polis Bukit Aman?

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata bahawa seorang anggota polis yang kemudiannya dikenal pasti sebagai berpangkat lans koperal, akhirnya ditahan pihak polis susulan kes kehilangan tersebut.

“Kami sedang menyoal siasat suspek untuk menentukan sama ada dia pernah terlibat secara langsung dengan mana-mana sindiket curi kereta selama ini,” kata beliau yang dipetik oleh agensi berita MediaCorp Singapura.

Sementara itu, menurut Malaysiakini yang menukil The Sun, rakaman kamera keselamatan litar tertutup di tempat letak kereta berkenaan menunjukkan seorang anggota polis memandu keluar dengan kedua-dua kereta tersebut.

Kejadian pertama itu dirakamkan berlaku jam 3 pagi, 30 September lalu manakala insiden kedua pula menunjukkan ia dilakukan pukul 10 malam, 1 Oktober. Polis pada masa sama kini giat memburu rakan subahat lans koperal itu.

Ini kerana berdasarkan rakaman video tersebut juga memaparkan sebuah jenis Perodua model MyVi berwarna putih yang dipandu oleh seseorang tidak dikenali kelihatan mengekori rapat kenderaan polis berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun serta denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bukit Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

31/07/2025
0

Kota Kinabalu: Polis kini berada di fasa akhir siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd