• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Dinasihat Elak Guna Telefon Bimbit Masa Cas

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Tenaga (ST) sekali lagi menasihati pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas kerana ia mengundang bahaya termasuk berlakunya renjatan elektrik.

Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik suruhanjaya itu, Mohd. Elmi Anas berkata semasa telefon dicas, kebocoran arus elektrik akan berlaku sekiranya adanya kerosakan pada alat pengecas.

“Menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, lebih-lebih lagi dengan alat pengecas tidak tulen, boleh membahayakan pengguna ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.

“Selain itu, pengguna perlu memastikan mereka membeli alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Garis Panduan dan Teknik Mengenal Pasti Kabel dan Kelengkapan Elektrik Substandard di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, Kuala Lumpur ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen akibat renjatan daripada kebocoran elektrik pengecas itu.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Elmi berkata mengikut statistik ST, sebanyak 853 kes kemalangan elektrik disiasat dari 2002 sehingga 30 September lepas dengan 425 kes daripadanya melibatkan kes maut.

Beliau berkata punca utama berlakunya kemalangan elektrik adalah disebabkan pemasangan atau senggaraan yang tidak sempurna termasuk tidak melaksanakan senggaraan berjadual ke atas pepasangan elektrik.

“Antara punca lain yang dikenal pasti adalah peranti perlindungan tidak dipasang pada sistem pendawaian, penebat kabel pecah serta kerosakan dibaiki oleh orang yang tidak berkemahiran attelefonau kompeten,” katanya.

Menurutnya aduan mengenai pendawaian tidak mengikut standard adalah yang paling banyak diterima suruhanjaya itu pada tahun lepas.

Bengkel sehari anjuran suruhanjaya itu dengan kerjasama Malaysia Cable Manufacturers Association (MCMA) disertai 80 peserta. Ia bertujuan memberi panduan mengenai teknik mengenal pasti kabel substandard, pengecas dan adaptor telefon bimbit yang tidak diluluskan serta kaedah pemasangan dan selenggaraan pemanas air yang tidak selamat. – BERNAMA

Tags: telefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd