• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Sedia Hadapi Fenomena Air Pasang Besar

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor sudah bersiap sedia dalam menghadapi isu bekalan air yang dijangka berlaku susulan fenomena air pasang besar, Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata perbincangan dengan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings dan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) sudah diadakan bagi menentukan tindakan awal yang dapat diambil sewaktu menghadapi fenomena berkenaan.

“Penggunaan bendungan rendah dicadangkan sebagai alternatif menghalang air masin masuk ke beberapa kawasan sungai termasuk Sungai Muar.

“Jika cuaca panas berlarutan dan kandungan paras air sungai juga rendah sewaktu berlakunya air pasang besar ini, maka kita bimbang air laut akan masuk ke dalam sungai.

“Ketika itu, kalau ia sudah sampai ke loji rawatan air, ia akan mengganggu air dari segi kualiti air,” katanya dalam sidang media mengenai Karnival Perhimpunan Ahli Rakan Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Negara, di sini hari ini.

Ayub berkata berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia Johor, kenaikan paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi antara 16 hingga 20 Oktober ini.

Kawasan yang terlibat ialah pesisir pantai Johor Bahru dengan jangkaan bacaan meter sehingga 3.9 meter, Tanjung Langsat (3.5 meter), Tanjung Pelepas (3.5 meter), Pasir Gudang (3.5 meter), Pulau Pisang (3.5 meter), Pesisir Pantai Endau (3.4 meter), Sungai Belungkor (3.3 meter), Kuala Batu Pahat (3.2 meter), Mersing (3.2 meter) dan Tanjung Sedili 3.0 Meter.

Sementara itu, Ayub menyasarkan kira-kira 7,000 pengunjung akan bertandang ke karnival itu yang diadakan pada 21 dan 22 Okt ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Katanya, ia diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar, mengeratkan kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar dan pemuliharaannya.

Ayub berkata antara aktiviti yang akan menarik minat pengunjung sewaktu program ialah forum perdana bertajuk “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, program larian lima kilometer, senam robik, pertandingan melukis poster, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan asap kenderaan, persembahan artis jemputan dan cabutan bertuah. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd