• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wardina: Pelajar AF Tak Layak Sarung Jubah Konvo

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN kini sudah merantau jauh ke Australia, namun Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tetap mengambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara ini.

Sebagai contoh, baru-baru ini, Wardina ada memuat naik satu status berbunyi, pelajar Akademi Fantasia tidak layak untuk menyarung jubah konvo yang dikhaskan untuk pelajar yang diiktiraf dari segi kelayakan akademik.

Selebriti yang cukup lantang bersuara ini berkata, dengan menyarung jubah konvo itu, ia seolah-olah merendahkan martabat jubah itu sendiri.

“Saya tak mengikuti perkembangan AF.  Saya cuma kurang senang dengan jubah konvo yang mereka pakai di atas pentas.  

“Mereka tidak bergraduasi dari apa-apa.  Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormat mewakili ilmu yang dituntut dari institut pengajian tinggi.  

“Graduan layak memakai jubah dan topi mortar tersebut di atas kerja keras, displin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang berkaitan. 

“Bermain graduasi olok-olok ini amat membahayakan.  Ia adalah satu penipuan kepada diri sendiri dan masyarakat.  Anda tidak bergraduasi daripada apa pun. 

“Ia hanya sebuah rancangan yang bertahan selama beberapa bulan.  Itu sahaja. 

<“Saya tak setuju untuk mereka berpura-pura bergraduasi.  Semua majlis graduasi olok-olok ini perlu dihentikan.

“Saya merasakan perkara seperti ini tidak menghormati institusi pengajian tinggi dan graduan sebenar,” tulis selebriti berusia 37 itu.

Wardina: Pelajar AF Tak Layak Sarung Jubah Konvo

Wardina: Pelajar AF Tak Layak Sarung Jubah Konvo

Konsert akhir AF 2016, takhta juara berjaya diraih Amir Syazwan, tempat kedua Amal, ketiga Reshma, keempat Ara dan kelima Afi.

AF2016 dinaungi pengetua, Datuk Shake serta barisan tenaga pengajar, Mas Idayu, Linda Jasmine, Elly Suriaty dan program itu dihoskan Alif Satar dan Zizan Razak. – MYNEWSHUB.CC

Wardina: Pelajar AF Tak Layak Sarung Jubah Konvo

Tags: Akademi FantasiamyArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd