• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datin Seri Didakwa Gagal Isytihar Harta Diperolehi

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang wanita bergelar Datin Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal memberikan pernyataan bertulis berkenaan harta yang diperolehinya.

Datin Seri Sua Lai Kim 41, didakwa gagal mematuhi satu nota bertulis oleh Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang menghendakinya memberi pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar berkenaan harta-harta yang diperolehinya di antara 1 Jan 2010 hingga 30 April 2015.

Ibu tunggal kepada empat anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pendakwaan, Tingkat 14, No 45, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 19 Jun hingga 1 Sept 2015.

Tertuduh didakwa mengikut subseksyen 49(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Asyikin Mokhtar menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.

Peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya hanya suri rumah dan perlu menyara empat anaknya berumur dua hingga 10 tahun selepas suaminya mati dibunuh pada Januari tahun lalu.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan semula kes itu. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd